PENGENALAN
By makmal komputer
7:15:00 PM //
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Munshi Abdullah telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 7 Januari 2002. Jumlah murid pada tahun 2015 ialah seramai 40 orang murid. Melihat kepada perkembangan program pada masa kini, prasarana yang ada perlu ditambah bagi menampung pertambahan bilangan murid. Sehubungan dengan itu, program ini akan sentiasa bekerjasama erat dengan Pengetua, PPD, Unit Pendidikan Khas JPN Selangor, dan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam aspek penambahbaikkan prasarana dan sumber manusia.
Pendidikan yang ditawarkan kepada murid-murid di dalam program ini adalah berdasarkan kurikulum alternatif yang dibina khusus untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna, selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan lebih bersifat fleksibel. Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid berkeperluan khas kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid ini secara amnya jauh lebih rendah, dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Program ini merasakan betapa perlunya menyediakan murid-murid PKBP dengan pendidikan yang lebih berorientasikan kemahiran teknikal dan vokasional.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
By makmal komputer
6:49:00 PM //
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
TEMPOH PERSEKOLAHAN KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS
By makmal komputer
1:15:00 AM //
Tempoh persekolahan kanak-kanak khas adalah sama seperti murid biasa, iaitu sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 5 tahun tetapi tambahan masa persekolahan diberikan sekiranya pencapaian pembelajaran kanak-kanak berkenaan tidak memuaskan. Tempoh persekolahan tersebut dilanjutkan seperti berikut.
1. Diberi tambahan 2 tahun ( boleh diambil di peringkat rendah sama ada 1 tahun atau 2 tahun ).
Jika tempoh tambahan belajar diambil 1 tahun sahaja di peringkat rendah, murid dibenarkan mngambil baki 1 tahun lagi di peringkat menengah.
PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
By makmal komputer
1:14:00 AM //
1. Program Sekolah Khas.
Program Sekolah Khas menempatkan kanak-kanak yang mengalami satu kategori masalah (kecacatan), contohnya bermasalah pendengaran atau bermasalah pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi.
Program Percantuman adalah program yang mnempatkan kanak-kanak khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran belajar di sekolah biasa tetapi dalam kelas yang berasingan daripada murid biasa.
1. Program Inklusif.
Program Inklusif adalah program yang menempatkan kanak-kanak khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran belajar bersama-sama kanak-kanak biasa di dalam kelas yang dengan dibantu guru resos/pembimbing.
KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH DALAM PENDIDIKAN KHAS
By makmal komputer
1:14:00 AM //
1. Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan ( Rabun dan Buta )
2. Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
3. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
4. Pendidikan Pemulihan Khas
( Bermula Tahun 1998 di bawah kelolaan JPK )
2. Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
3. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
4. Pendidikan Pemulihan Khas
( Bermula Tahun 1998 di bawah kelolaan JPK )
MISI PENDIDIKAN KHAS
By makmal komputer
1:13:00 AM //
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)